ELAKKAN DIRI ANDA GILA ISIM DENGAN BERFIKIR SENDIRIAN

Blog ini adalah satu luahan pendapat peribadi terhadap perkara-perkara remeh di sekeliling kita yang lazim tidak diambil kisah kerana tiada kepentingan mutlak untuk dibahaskan seperti "Mengapa kedai 24 jam masih perlukan pintu?". Sengaja aku merumitkan keadaan.

Sunday, February 21, 2010

Raja Lawak???

Malam tadi lepas balik dari genting sempat la tengok gelanggang raja lawak yang dah masuk pusingan hujung jugak lah. Aku bukan lah pengikut setia program ni dari pusingan pertama. Mana yang dan aku tengok la jadi ada episod-episod sebelum ini aku terskip gak. Macam mana pun persembahan malam tadi paling mengecewakan aku sebab tidak menggambarkan peserta-peserta terbaik yang sepatutnya kekal pada pusingan malam tadi. Aku percaya bunyi gelakan di latar belakang program adalah secara paksaan yang diarahkan oleh floor manager yang senantiasa akan angkat que card 'gelak' dan 'tepuk tangan' di depan penonton studio.


Persoalannya mengapa jadi begitu?


Adakah disebabkan mentor-mentor peserta raja lawak yang tidak pandai membimbing peserta? Aku tak nafikan mentor-mentor raja lawak yang juga juri raja lawak adalah pelawak-pelawak yang berkualiti dan mengkelakarkan. Siapa yang x gelak sorang-sorang setiap pagi bila dengar lawak din beramboi di radio era? Namun, bagi aku mereka bukan la mentor yang baik untuk menggilap bakat lawak pada diri seseorang. Bukan salah mereka yang ditanggung jawabkan oleh penerbit untuk menjadi mentor. Secara analogi, striker bola yang terbaik belum tentu menjadi jurulatih yang terbaik. Mungkin mentor sedia ada masih belum menjumpai kaedah terbaik untuk membimbing peserta-peserta ini. Aku syorkan diorang ni tontonlah filem Adam Sandler bertajuk 'Funny People', harap-harap dapat idea mentoring dari filem ni.


Keduanya, adakah persembahan hambar malam tadi disebabkan oleh penonton di Malaysia yang tidak tahu menilai kualiti sesuatu jenaka sehingga peserta yang x kelakar pun diundi? Ya memang kelakar itu sesuatu yang subjektif. Lawak spastik adalah kelakar bagi sesetengah orang dan mungkin tidak bagi baki yang lain tetapi aku percaya kualiti malam tadi tidak boleh dikatakan subjektif dan hakikinya adalah hambar dan tidak kelakar langsung. Sejak dari dulu lagi aku katakan undian sms adalah 'quantity over quality' dan aku hanya memberi undian sms sekali sahaja dalam hidup aku untuk faizal rock kampung ketika rancangan malaysia idol. Itu pun setelah aku betul-betul kagum dia bawak lagu 'Don't You Cry' masa tu. Tapi nak buat camna, reality program ni profit oriented. Kau bagi pendapat apa pun selagi undian sms ni menguntungkan penerbit buat apa dia nak hentikan.


So, pada sapa2 yang terbaca post aku ni fikir2 kan lah. Aku cuma harap pemenang raja lawak musim ni benar-benar kelakar. Jangan lah yang jenis hari ni kelakar next time x pulak lepas tu kelakar balik...x konsisten langsung. Pelawak seperti artis lain boleh aku simpulkan kualitinya 80% Bakat, 10% Latihan, 8% Persekitaran dan 2% Nasib. Harap2 pihak Astro terlihat figure ni untuk renungan.

1 comment:

Hang Cangkul said...

Sayangnya pada final raja lawak pemenangnya adalah berdasarkan 80% nasib (undian sms),15% latihan, 3% persekitaran dan 2% bakat.