Baru-baru ni ada seseorang tanya pada aku apakah makanan kegemaran aku? Aku pun jawab la steak. Tak lama lepas tu aku pun terfikir sebelum ni ada orang tanya jugak soalan yang sama tapi aku bagi jawapan yang lain iaitu asam pedas ikan parang. Jadi aku simpulkan yang aku x boleh nak bagi jawapan yang konsisten bila ditanyakan mengenai makanan kegemaran. Kemudian aku fikir-fikirkan apa sebenarnya makanan kegemaran aku yang evergreen iaitu sampai bila-bila aku tetap sukakannya. Sedar x sedar makanan kegemaran aku adalah makanan yang paling aku suka waktu zaman-zaman bujang dulu. Ia simple, murah dan senang nak didapati iaitu sardin.
SARDIN???...ok nampak cam cikai je tapi aku ada trick macam mana nak bagi sardin ni hidangan yang sedap. Memang banyak jenama sardin yang ada kat pasaran sekarang tapi bagi aku yang paling disyorkan adalah jenama YEO'S. Packaging memang x attractive tapi ada sebabnya kenapa aku syorkannya. Kebiasaannya orang masak sardin dimulai dengan tumis bawang dan terus tuang sardin dalam kuali. Luar biasanya pulak kalau ikut cara aku selepas bawang ditumis aku goreng dahulu ikan sardin tu sampai dia nampak rangup dulu kemudian dituang kuah sardin campur potongan tomato dan air asam jawa, Sebab tu aku pilih jenama YEO'S sebab ikan sardin dia x hancur masa kita gorengkannya. Selain digoreng, aku pernah 2-3 kali salai ikan sardin dicelup dengan kuah sardin sebelum kita masak dengan kuah dia tu...result dia memang two thumbs + two toes up! Sedang aku menulis ni pun terliur bila teringatkannya.
Sayangnya...makanan kegemaran aku ni selalu disalah anggap oleh orang rumah aku pulak. Bila aku request nak sardin dia akan tanya masakan dia selama ni x sedap ke? Bukan camtu, masakan wife aku memang antara yang tersedap bukan nak jek la...x caya bole cuba asam pedas ikan parang atau masak lemak daging salai wife aku baru lah korang tau kalau dibuat niaga memang boleh kaya. Cuma, sekali sekala tu kalau teringat sardin memang jadi teringin sangat la.
Kesimpulannya, makanan kegemaran tu x semestinya lavish. Entah2 ia bole jadi maggie atau burger ramly je. Cuma persoalannya adakah pada satu hari nanti kalau ditakdirkan menjadi seorang VVIP kita sanggup letak dalam profile makanan kegemaran kita adalah SARDIN!