ELAKKAN DIRI ANDA GILA ISIM DENGAN BERFIKIR SENDIRIAN

Blog ini adalah satu luahan pendapat peribadi terhadap perkara-perkara remeh di sekeliling kita yang lazim tidak diambil kisah kerana tiada kepentingan mutlak untuk dibahaskan seperti "Mengapa kedai 24 jam masih perlukan pintu?". Sengaja aku merumitkan keadaan.

Sunday, March 7, 2010

Dilema Lelaki : Mangkuk urin atau mangkuk tandas?

Aku tidak pasti sama ada perkara ini adalah merupakan dilema bagi diri aku atau kesemua kaum Adam namun yang pastinya ia adalah satu pilihan ketika kita berada di dalam tandas sewaktu melaksanakan fitrah kecil yang tidak dapat dielakkan.

Pilihan mangkuk urin tidaklah menjadi satu isu sekiranya ia diaplikasikan di tandas awam yang mempunyai statistik kunjungan pengguna bukan beragama Islam yang ramai. Sebaliknya, pilihan ini menjadi tabu pula di tandas awam yang banyak dikunjungi pengguna beragama Islam terutamanya di Jabatan/Agensi Kerajaan walaupun kemudahan tersebut disediakan pada tahap kebersihan yang terpuji dan didatangi dengan teknologi terkini. Selaku warganegara yang anti kepada pembaziran sumber, amalan 'tabu' aku ini sering dipandang sinis oleh pengguna-pengguna konvensional yang memilih metodologi mangkuk tandas. Kenapa pula amalan ini adalah tabu di kalangan pengguna Islam sehinggakan tandas-tandas di surau atau masjid tidak dilengkapi dengan mangkuk urin?

Adakah disebabkan pelaku amalan ini kencing berdiri?

Aku dah puas mencari jawapan hukum kencing berdiri dan setakat ini tiada pula larangan terhadapnya. Rata-rata pendapat ulama mengatakan hukumnya adalah harus atau makruh. Sebagai umat Islam kita digalakkan kencing secara duduk sebagaimana ia lazim dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya kesinisan pengguna-pengguna konvensional tadi terhadap aku disebabkan oleh hal ini, ingin aku bertanya kepada mereka adakah mereka kencing duduk dalam ruang terkurung yang dilengkapi mangkuk tandas itu? Jangan jadi hipokritlah.

Adakah disebabkan persepsi pelaku amalan ini tidak bersuci?

Persepsi am terhadap pengguna mangkuk urin sering merujuk kepada amalan bersuci yang diandaikan tidak dilakukan oleh mereka. Tidak tahu lah kepada pengamal yang lain tetapi bagi aku tiada kompromi terhadap tuntutan bersuci. Mangkuk urin masa kini lazimnya dilengkapi dengan aliran air bagi melupuskan urin tersebut ke saliran kumbahan dan aku juga menggunakannya untuk bersuci. Ada juga yang merujuk kaedah perkumuhan sebegini ini akan menyebabkan percikan urin ke pakaian kita. Namun, rasanya percikan di mangkuk urin adalah jauh lebih kurang berisiko daripada mangkuk tandas yang terkadangnya tidak menepati sasaran sepatutnya.

Terpulanglah kepada pilihan masing-masing. Aku memilih penggunaan mangkuk urin ini kerana ia cepat, tidak perlu berebut dan kadar kepenghunian (occupancy rate) yang rendah. Bagi kaum Hawa yang membaca post ini, berpatah baliklah dengan segera sekiranya anda terlihat mangkuk urin kerana pada tika itu anda sebenarnya tidak berada di tempat yang sepatutnya.

Monday, March 1, 2010

Inovasi Jahat.

Hari ni aku hampir terlewat masuk kerja semuanya terima kasih kepada inovasi paling jahat yang pernah diperkenalkan kepada kita iaitu SNOOZE MODE pada alarm. Mak bapak, makcik-makcik, pakcik-pakcik, cikgu-cikgu, bos, pak haji deros semuanya cakap kat kita sikap melengah-lengahkan kerja itu satu sifat yang tak baik tapi hamba Allah mana lah yang benak betul boleh terjumpa inovasi ini. Kalau tak silap aku orang Jepun yang bangga dengan sifat ketepatan masa juga lah yang cipta. Betul kah?

Aku pernah tonton satu episod Seinfield masa part stand up tu dia qoute, "The sign of the end of modern civilization is when we invented the snooze mode". Fikir-fikir balik ada kebenarannya. Cuba bayangkan fire alarm ada snooze mode, tsunami alarm ada snooze mode, flash flood alarm ada snooze mode tak kah haru jadinya. Malangnya inovasi ini kita boleh terima pada sesetengah aplikasi harian kita. Snooze mode bukan ada pada jam sahaja ya...sedar tak sedar fuel alarm pada kereta pun dah apply. Mula-mula kelip 3 saat, kemudian kelip 10 saat, kemudian tak berkelip dan akhirnya kereta tersadai tepi jalan pasal minyak habis. Padan muka kau!

Jadi pada yang tersangat biasa dengan snooze mode ini aku nasihatkan bawa-bawa berhenti lah penggunaannya. Menipu diri sendiri namanya. Serupa juga kalau kita cepatkan jam 5 minit awal atas dasar ketepatan waktu tetapi dalam hati terbisik "ada 5 minit lagi" ataupun bila kawan-kawan tengok jam kita, pandai lah pula jawab "jam aku cepat 5 minit".

Itulah dia...semakin berinovasi semakin sembabnya orang kita. Kelakar betul orang moden sekarang.